Apa Itu GTP-Objektif GTP-Struktur GTP

Apa Itu GTP
Adakah anda sedang mencari Apa Itu Government Transformation Programme (GTP) ? Perkongsian kali ini untuk anda.

Apakah Program Transformasi Kerajaan (GTP)?

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

Mengurangkan jenayah
Membanteras rasuah
Mempertingkatkan pencapaian pelajar
Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah
Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar
Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar

Objektif Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Objektif Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah sebuah cita-cita, program yang menyeluruh yang mengubah dasar Kerajaan untuk menjadi institusi yang lebih cekap dan berpegangkan rakyat.

Ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pelaksanaannya di bawah bidang kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), GTP adalah berdasarkan prisip 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Struktur Government Transformation Programme (GTP)

Struktur GTP adalah intuitif: mengenalpasti bidang yang memerlukan perhatian yang lebih dan tumpuan kepada bidang-bidang tersebut. Melalui perundingan menyeluruh dengan pihak berkepentingan, daripada kementerian-kementerian kepada rakyat, kerajaan telah tampil dengan 7 tonggak utama yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Selain itu, GTP juga mengandungi komponen MKRA yang diwujudkan bagi menangani matlamat pembangunan yang tidak termasuk dalam NKRA.

Struktur Government Transformation Programme (GTP)


Setelah selesainya pelaksanaan dalam fasa pertama perubahan– atau lebih dikenali sebagai GTP 1.0 – setiap NKRA telah melaporkan perubahan yang ketara dalam bidang masing-masing. Tapi, ia masih terlalu awal untuk kita selesa dengan kejayaan ini kerana perjalanan dalam cerita transformasi Negara masih lagi jauh. 

Lagi info mengenai apa itu GTP, sila ke laman web rasmi: http://www.pemandu.gov.my/gtp/default.aspx?lang=ms-my

Apa Itu GST

Apa Itu GST
Apa itu cukai GST (Goods dan Services Tax) atau CBP (Cukai Barang dan Perkhidmatan) ? 

Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

 Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST, Q&A: Soal Jawab berikut mungkin boleh membantu:

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecualikan GST adalah:
Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
Jual beli dan sewa rumah kediaman
Perkhidmatan kewangan terpilih

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?
Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
Geran latihan GST RM100 juta
Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO.

Sumber: AstroAwani

Sekian info ringkas mengenai Apa Itu GST. Semoga bermanfaat :)

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27? Bagi calon-calon penolong akauntan W27, anda pasti sedang mencari contoh soalan 'exam' sebagai rujukan dan info sebelum menduduki peperiksaan kan?

Sebelum berkongsi mengenai contoh soalan, ini sedikit intro mengenai peperiksaan penolong akauntan gred W27.

Mengapa Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Diadakan 
Definisi:  Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat: Peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan Gred W27.

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 ini melibatkan dua kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk mengukur prestasi setiap calon. Calon-calon perlu mempamerkan prestasi yang baik dalam semua kertas peperiksaan. Jika prestasi sangat baik ditunjukan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon dianggap tidak memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang memuaskan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

Format Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27.

Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:
(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah


PANDUAN & CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia Dan Alam Sekeliling
Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kepekaan setiap calon terhadap isu yang berlaku di Malaysia dan dunia kini. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui internet, laman sosial, surat khabar, majalah dan buku-buku mempunyai kelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

1) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang diberikan.

2) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

3) Konsep-konsep Matematik
Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Untuk mendapatkan Contoh-Contoh Soalan dan Tips Menjawab Soalan PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 ini, sila klik button di bawah:

Pakej Rujukan Penolong Akauntan W27 [ LINK akan dikemaskini ]

Sekian perkongsian saya mengenai Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27. Semoga bermanfaat buat semua calon yang akan menduduki peperiksaan ini. "PILIH untuk LULUS!"

Pemborong Tudung - Borong Tudung Murah Terbaru

Pemborong Tudung - Borong Tudung Murah Terbaru
Anda sedang mencari supplier atau pemborong tudung untuk borong tudung terbaru dengan harga yang murah? Jangan risau, entri kali ini untuk anda :)

Lebih 10 LOKASI RAHSIA tempat JUALAN BORONG tudung yang menawarkan harga yang sangat kompetitif untuk peniaga. 

Ya. Lebih 10 LOKASI RAHSIA akan DIBONGKARKAN UNTUK ANDA!!

Lokasi Borong Tudung
Semua info termasuk peta dan koordinat GPS lokasi pemborong tudung murah di Malaysia akan didedahkan secara terperinci. Di atas ini adalah contoh lokasi "HOT" supplier tudung. (gambar terpaksa dikaburkan). Nak tahu lagi lubuk pemborong tudung? ==> KLIK SINI

POTENSI BISNES TUDUNG DI MALAYSIA


Bisnes tudung mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan.Malangnya anda tidak mengambil peluang atas PENDEDAHAN RAHSIA ini.

Ramai peniaga tudung yang bermula dari kos yang rendah telah berjaya mempunyai pekerja dan premis sendiri hasil dari perniagaan tudung.

Saban hari ada sahaja peniaga tudung yang muncul di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Blog, Website dan lain-lain lagi.

Anda tentu perasan bukan?
Malangnya, anda cuma mampu melihat sahaja mereka meraih keuntungan (dan membeli tudung dari mereka!) tanpa membuat tindakan yang menguntungkan diri anda.

Jadi fikirkanlah sesuatu, ikhtiarkan sesuatu, rancanglah pelan tindakan dan agar anda dapat menjadi sebahagian dari bisnes yang menguntungkan ini.

Jom rancang sesuatu!

Mulakan Bisnes Tudung anda sendiri! 
Fast Action, Fast Result.

Dapatkan PANDUAN LENGKAP BISNES TUDUNG DI SINI


  • [+] Lubuk Rahsia Pemborong Tudung Murah DIBONGKARKAN
  • [+] RAHSIA MENGENAL PASTI TUDUNG 'HOT' DAN 'TRENDY'
  • [+] PETUA MENDAPATKAN STOK TUDUNG HARGA RENDAH
  • [+] FORMULA MENJUAL TUDUNG 1 HARI HASIL RM500
  • [+] PETUA MENJUAL YANG DIGUNAKAN OLEH TAUKE TUDUNG
  • [+] TEKNIK KHAS PROMOSI TUDUNG UNTUK LAKU KERAS
  • [+] Senarai Supplier:✔ Hanger✔ Patung (Mannequin)​✔ Rak​✔ Tag harga


Semuanya LENGKAP dalam satu EBOOK EKSLUSIF
Dapatkannya SEKARANG!==> KLIK SINI


Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam Malaysia

Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam Malaysia
Rasanya masih ramai yang belum tahu Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia kan? Mungkin ada boleh gunakan info ini sebagai rujukan untuk menjawab soalan peperiksaan penguasa kastam w41 nanti.

Untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat, JKDM memainkan peranan seperti berikut:

1. Memungut Hasil Negara
Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.

2. Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian
JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

3. Memastikan Pematuhan Perundangan
JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.

Khas untuk calon yang akan menduduki PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41 pada 6 September 2014 nanti!

Boleh rujuk format dan contoh soalan peperiksaan di sini => Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Atau Download PANDUAN & RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41 di sini===> KLIK SINI! [ Link ini cuma sah sehingga 4 September 2014 sahaja]

Sekian entri ringkas mengenai Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Semoga bermanfaat.

Tips Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Tips Peperiksaan Penguasa Kastam W41
Nak tahu Tips Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41

Dalam peperiksaan untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 yang lepas, saya mendapati ramai calon yang kecewa semasa menjawab soalan peperiksaan. Di antara kekecewaan yang dikenal pasti ialah tidak dapat log-in ke dalam sistem peperiksaan, tidak dapat tukar seksyen, tidak cukup masa dan tidak dapat hantar soalan. Oleh itu saya kongsikan 4 tips peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 sebagai persediaan anda.

4 tips peperiksaan penguasa kastam
Buat persediaan peperiksaan yang rapi supaya anda tidak kesal dikemudian hari.

  • 1. Lebih sukar. Jawatan Penguasa Kastam Gred W41 lebih tinggi daripada Penolong Penguasa Kastam Gred W27. Jadi tahap soalan yang bakal ditanya adalah lebih sukar dan skop jawatan ini lebih luas.
  • 2. Guna komputer terbaik. Terbaik yang bagaimana? Kenapa nak guna yang terbaik? Pilih komputer yang ada pemproses laju dan memori yang besar.
  • 3. Akses internet yang stabil. Ambil sedikit masa untuk mencari talian internet yang stabil. Elakkan dari menggunakan broadband.
  • 4. Log-in peperiksaan dalam emel. Semak emel anda yang diterima dari SPA. Guna link tersebut untuk masuk ke laman peperiksaan.Jika anda buka laman SPA dan log-in dari sana, anda bakal menghadapi masalah seperti server jammed. Tak boleh daftar masuk, tak boleh tukar seksyen dan sebagainya.

Kesimpulan
Ada lebih 100,000 calon yang membuat permohonan untuk jawatan Penguasa Kastam Gred W41. Walau bagaimana pun hanya 84,000 calon yang layak menduduki peperiksaan online kali ini. Jadi anda perlu rancang untuk menduduki peperiksaan ini dengan tenang.

Nak download nota dan contoh soalan peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred W41?
KLIK SINI ==> Download Nota dan Rujukan Exam Penguasa Kastam W41

Khas untuk calon yang akan menduduki PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41 pada 6 September 2014 nanti!

Boleh rujuk format dan contoh soalan peperiksaan di sini => Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Atau Download PANDUAN & RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PENGUASA KASTAM GRED W41 di sini===> KLIK SINI! [ Link ini cuma sah sehingga 4 September 2014 sahaja]


Kredit gambar: examptd.info
Artikel tulisan: Tuan Ikhwan Fahmi-Tim Infokerjaya

Semoga 4 Tips Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini dapat membantu anda untuk membuat persedian yang rapi.

Cara Ternak Kambing

Cara Ternak Kambing
Panduan Lengkap Cara Ternak Kambing? Sebenarnya Harfiz dah lama bercita-cita nak ternak kambing, cuma kekangan masa dan tiada ilmu mengenai bidang ni sahaja yang membantutkan impian Harfiz ni. Tapi sekarang ni, anda beruntung sebab dah ada ebook rujukan lengkap tips dan cara menternak kambing.

Kenapa Nak Ternak Kambing?
1. Ternakan yang mudah jinak, manja suka dibelai dan senang dijaga.
2. Ia boleh diternak dengan modal yang kecil. Boleh dimulakan dengan 2 ekor sebelum di
kembangkan lagi. Beberapa penternak yang berjaya kini rata-rata memulakan penternakan
mereka di bawah 10 ekor. Setelah beberapa tahun ada yang berkembang hampir puluhan malah ratusan ekor.
3. Ternakkan kambing ini tidak memerlukan kawasan yang luas untuk diternak.
4. Memakan rumput-rumput dan pelbagai daun-daun.
5. Kadar pembiakan yang kerap dengan kelahiran kembar kerap, kadangkala triplet (3 ekor) dan quadruplet (4 ekor)
6. Permintaan tinggi, dagingnya mahal. Kerajaan Malaysia membelanjakan hampir jutaan ringgit untuk megimport daging kambing setiap tahun.

Ha, tu baru sikit potensi penternakan kambing di Malaysia ni, sebenarnya banyak lagi!

MASALAH PENTERNAKAN KAMBING?

Masalahnya bila nak mulakan menternak kambing ni, ramai yang hadapi masalah dari segi kewangan, susah mencari sumber modal untuk projek penternakan tersebut. Ada juga yang tak tahu tips pemilihan baka kambing yang sesuai, cara membina kandang dengan kos yang rendah, masalah bekalan makanan dan rawatan gejala penyakit yang selalu dihidapi oleh kambing, dan yang PALING PENTING sekali, ramai yang tak tahu BAGAIMANA CARA MEMASARKAN TERNAKAN KAMBING mereka.

Nasib baik ada ebook LENGKAP ni! Semua masalah tu dah diceritakan, dan diulas lanjut serta diberi jalan penyelesaian. Cara mohon pinjaman untuk projek penternakan kambing pun diajar juga! Pendek kata, kalau baca ebook ni, mungkin semua orang rasa nak jadi penternak kambing yang berjaya, sebab ianya tak sesukar yang kita fikirkan selama ni!


KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK DAPATKAN EBOOK PANDUAN LENGKAP CARA TERNAK KAMBING