2 Teknik Pemasaran Facebook yang Paling Berkesan

Belajar cara yang betul!
Assalamualaikum dan salam sejahtera Harfiz ucapkan,
Pada petang Jumaat yang mulia ni, tak payah lah nak pergi melepak pula, jom kita buat perkara berfaedah dan bermanfaat-Jangan buang masa!
Hari ni Harfiz nak kongsikan Teknik pemasaran online berkesan-fokus menggunakan Facebook, maksudnya teknik marketing melalui Facebook yang berkesan......

Harfiz yakin majoriti rakyat Malaysia mempunyai paling kurang 1 akaun Facebook,berdasarkan jumlah pengguna Facebook dari Malaysia yang hampir 17 juta!.......

Jadi, apa yang anda dapat lihat daripada statistik ini?!Tak faham lagi ke?Facebook merupakan tempat paling sesak dalam dunia Internet hari ni!-Rakyat Malaysia lebih gemar melayari Facebook hingga mencantas kedudukan Google yang dulunya pada tangga teratas.

Ambil peluang ini untuk melihat pasaran anda melalui Facebook,dengan meningkatnya pengguna Facebook dari hari ke hari,maksudnya meningkatnya pasaran anda untuk memasarkan produk dan perkhidmatan anda.Namun,harus diingat bahawa terdapat pelbagai cara dan teknik pemasaran Facebook.
Hari ini Harfiz ingin kongsikan 2 Teknik Pemasaran yang paling berkesan menggunakan Facebook.

Teknik1:Elakkan 'spamming'
Spamming boleh ditakrifkan sebagai aktiviti menghantar iklan produk/perkhidmatan/perniagaan kita kepada orang yang tidak dikenali,,contoh anda menghantar mesej kepada seseorang yang anda tidak kenal,anda 'tag' gambar/iklan yang tidak berkenaan dengan rakan anda,anda promosi secara semberono dan membabi buta di group-group dan page-page yang tidak berkaitan dengan iklan,atau anda sengaja mencipta satu 'event' semata-mata untuk menghantar mesej ke inbox semua rakan anda!
Kenapa saya kata anda perlu elakkan spamming?
Ya,mungkin anda kata-"kenapa tak boleh?nanti orang akan lihat iklan saya!",Tanggapan sebegini sebenarnya salah!,cuba anda fikir,adakah anda suka jika menerima mesej yang sama setiap hari?Bahkan bukan satu,malah berpuluh-puluh mesej ke inbox anda?,Harfiz 'YAKIN' anda akan MELUAT!Betul tak?
Selain itu,kredibiliti anda juga akan jatuh!-Kredibiliti memang sukar dinaikkan semula sekiranya dah jatuh,percayalah cakap Harfiz.
Kesimpulannya;-Elakkan Spamming!


Teknik2:Soft selling
Soft selling merupakan teknik yang paling berkesan melalui medium Facebook.Soft selling pula bermaksud membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Apabila dapat membina kepercayaan dan kredibiliti, anda juga secara tidak langsung dapat membina perniagaan yang lebih baik.


Kajian ada menunjukkan bahawa teknik Soft Selling adalah lebih efektif dari Hard Selling. Bukan dari segi menambahkan jualan sahaja, tetapi juga dengan cara Soft Selling, prospek lebih terbuka menyampaikan mesej anda kepada kenalan mereka melalui word of mouth. Dan ini amatlah penting terutamanya dalam bidang perniagaan.."word of mouth"-teknik promosi viral dan berkesan
Contohnya,anda selalu berkongsikan info-info mengenai kebaikan produk/perkhidmatan/perniagaan yang anda di wall atau sebagai status anda:- "Tak sangkalah,rasa penat hari ni hilang lepas minum [produk anda],syukur alhamdulillah ke atas kurniaanNya"-Hah?Macam mana,kan akan memberikan kesan positif terhadap pelanggan atau prospek anda.....


Kesimpulannya:-Amalkan teknik soft selling dalam pemasaran anda di Facebook.InsyaAllah anda akan dapat melihat hasilnya..


Sekian saya perkongsian daripada Harfiz,
Semoga anda terus sukses dan berjaya.
P.S:Dah baca ke 5 tips menjadikan artikel anda "Magnet Trafik" 

Ranking: 5

==>Rahsia Ejen Hartanah Jana MINIMUM 4 Angka Part Time!

==>Panduan Buat Minisite Dengan Blogspot PERCUMA!

==>Rahsia Membina Kekayaan Menerusi Dinar Emas!

==>Teknik Rahsia Pakar Naikkan LIKES Dari Malaysia Kini TERBONGKAR!

==>Nak Belajar SEO Cara Mudah? KLIK SINI!

==>Panduan Lengkap Bisnes Ebook, Student Buat Duit RM25,000!

==>Inspirasi Jemput Rezeki 3 Angka Kurang Sejam!

{ 7 comments... read them below or add one }

Amim Blog said...

Thanks untuk perkongsian ni :)


September 25, 2012 at 6:30 PM
Aura Sejahtera said...

perkongsian yang best..
ps: nape domain nampak cam produk kesihatan?


October 14, 2012 at 9:56 PM
Harfiz Hasra said...
This comment has been removed by the author.
Rahman said...

ternik yang memang owsome!!..simple dan mudah utk dihadam dari segi pemahaman..thank for sharing!!..


June 7, 2013 at 12:37 AM
Hafizah Ummu Hanan said...

Terima kasih atas perkongsian..Blog yang sangat bermanfaat..InsyaAllah nak baca lain-lain info berkaitan marketing perniagaan di sini.. Alhamdulillah, byk memberi manfaat..^_^

nurkids2u.blogspot.com


February 27, 2014 at 10:56 PM
Hafizah Ummu Hanan said...

Terima kasih atas perkongsian..Blog yang sangat bermanfaat..InsyaAllah nak baca lain-lain info berkaitan marketing perniagaan di sini.. Alhamdulillah, byk memberi manfaat..^_^

nurkids2u.blogspot.com


February 27, 2014 at 10:56 PM
Akmal said...

Saya dah try tapi mcm kurang berkesan


January 20, 2016 at 5:15 PM

Post a Comment

Jom komen :)