
Menjadi blogger profesional merupakan impian bagi kebanyakan blogger,namun 'blogging' bukanlah sesuatu perkara yang mudah,ianya memerlukan kerja keras serta kemahiran yang tertentu sebelum anda berjaya menjadi seorang blogger profesional yang berjaya.Harfiz nak kongsi sedikit faktor yang perlu anda kaji sebelum 'menyelam' ke dunia 'professional blogging'.
Kegharaihan
Nak jadi seorang professional blogger,anda perlulah memilih suatu topik yang anda betul-betul ghairah untuk menulisnya..-'You have passion for it!',maksudnya anda boleh menulis berkaitannya paling kurang seminggu sekali malah sebaik-baiknya sekali sehari.Contohnya,harfiz ghairah untuk menulis berkaitan perniagaan internet,tips blogging dan tutorial blogging,oleh sebab itulah Harfiz namakan blog ini -"Blog Perniagaan Internet dan Isu Semasa".
Masa
Masa juga perlu diuruskan dengan rapi dan teratur.Anda perlu menggunakan masa dengan cermat kerana masa lebih bernilai daripada emas.Seelok-eloknya buat jadual harian-bila anda blogging,blogwalking dan sebagainya....
Keutamaan
Dalam mengejar impian sebagai professional blogger,anda juga tidak boleh lupakan tanggungjawab dan keutamaan lain.Contohnya,jika anda adalah seorang pelajar,anda haruslah bijak mengurus masa antara belajar dan blogging,begitu juga sekiranya anda seorang suri rumah tangga,atur jadual anda mengikut keutamaan-"Follows your Priorities!"
Keinginan untuk belajar
Apabila anda nekad mahu menjadi seorang professional blogger,anda sebenarnya seorang pelajar.Internet dan teknologi malah semuanya sentiasa berubah dari semasa ke semasa,jadi anda mestilah belajar bagaimana untuk 'get along' dengan perubahan ini.
Anda juga haruslah sentiasa melakukan kajian mengenai apa yang anda ingin tulis di blog anda,'passion' anda!
Cara penulisan
Berhati-hati dengan cara penulisan di blog anda,anda perlulah menggunakan gaya penulisan yang profesional tetapi jangan terlalu tegas dalam penulisan anda,jadikannya santai dan mudah difahami.
Kebolehan menghadapi kritikan
Dalam blogging anda haruslah bijak dalam menghadapi sebarang kritikan dan komen terutamanya daripada pembaca anda,jangan terlalu emosional dalam membalas kritikan tersebut.
Pemasaran atau Marketing
Ok,anda dah ada topik yang menarik,gaya penulisan yang baik,minda yang terbuka dan keinginan untuk terus belajar,jadi apa yang penting sekarang anda perlukan pembaca.Teknik inilah yang paling penting dan paling sukar dalam usaha menjadi seorang professional blogger!.Sentiasalah kaji teknik yang dapat menarik pembaca ke blog anda....
InsyaAllah anda akan berjaya menjadi seorang blogger professional......
P/S:Harfiz pun dalam proses belajar untuk menjadi seorang blogger profesional!
Suka makan gula-gula tak? The Love Acoustic (Music Video) - Full HD















Harfiz Hasra merupakan seorang 'part-timer blogger' dan usahawan internet.....
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Jom komen :)