Cara Mudah Menjual di Facebook


Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hari ni Harfiz ingin kongsikan tips cara mudah menjual di Facebook, InsyaAllah anda boleh dapatkan RM pertama anda di Facebook melalui tips dan teknik mudah yang akan Harfiz kongsikan ini. Menjual di Facebook juga termasuk dalam kategori perniagaan internet ye :).



Baiklah, perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk menjual di Facebook ialah, anda mestilah mempunyai produk/ barangan yang ingin dijual, seelok-eloknya produk fizikal kerana ianya lebih 'convert' berbanding produk digital memandangkan bukan semua pengguna Facebook 'aware' tentang produk digital.

Ok, sekiranya anda sudah mempunyai produk yang ingin dijual, anda boleh teruskan dengan langkah ini, iaitu membina 'fanpage' mengenai produk anda di Facebook. Ianya percuma dan amat senang untuk dilakukan.
KLU: Lihat di 'footer'/bahagian bawah Facebook anda, ada butang 'create a page',klik dan teruskan mengikut arahan.






[Optional] Buat satu akaun Facebook baru dengan nama fanpage(kedai anda) dan add seramai yang boleh (mengikut niche produk yang anda jual), dicadangkan juga untuk add penjual-penjual lain.

Langkah seterusnya, dapatkan 'like' ke fanpage anda, ops lupa, sebelum itu, untuk kesan optimum, bina satu 'landing tab' sebagai 'penyambut tetamu' sewaktu mereka berkunjung ke fanpage facebook anda. Pastikan landing tab itu dapat menarik minat mereka untuk membeli produk anda atau sekurang-kurangnya 'like' fanpage anda.

Teruskan promosikan fanpage anda sama ada melalui facebook ads, anjurkan pertandingan dan sebagainya.
InsyaAllah, anda akan merasa hasilnya kurang dari sebulan, mungkin dalam masa 2 hari sahaja!Dah macam "tutorial laa pulak"...... Hehehehe.

Sekian perkongsian Harfiz mengenai cara mudah menjual di facebook. "Take Action" dan mulakan sekarang! Sebarang pertanyaan, sila komen di bawah,InsyaAllah Harfiz akan bantu.

Salam maju jaya! Klik "Like" dan "Share" dengan rakan-rakan anda.
Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Nanda said...

Saya belum nyoba menjual di facebook sih, tapi terima kasih tips. salam kenal aja..:)


April 7, 2013 at 1:34 AM
Hanis Khiri said...

Terima kasih untuk tips ini..


April 5, 2014 at 7:21 AM
Xprezzo said...

terima kasih...ilmu yang bermanfaat


August 9, 2014 at 10:14 PM

Post a Comment

Jom komen :)