Rakan Media

Perniagaan Internet


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog perniagaan internet ini, [Harfiz@Bizstudent]
Blog ini secara khususnya akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan perniagaan internet, sama ada tips, teknik, trik, tutorial dan sebagainya. Walaupun bukan otai dalam 'internet marketing' atau perniagaan internet, insyaAllah saya akan cuba berkongsi ilmu tentang perniagaan internet yang saya miliki dalam blog ini.

Nama saya Harfiz Hasra (bukan nama sebenar), meminati bidang perniagaan internet amnya dan sekarang cuma fokus dalam kategori affiliate marketing, perniagaan dropship dan blogging. Baru setahun menceburi bidang perniagaan internet iaitu pada hujung tahun 2010. Hasil 'try and error', Harfiz berjaya jana RM pertama di internet melalui program pay per lead dan servis buat blog. Buat masa ni, kebanyakan 'income' datang dari hasil penjualan produk fizikal melalui program dropship di Facebook sahaja.

Salah satu blog yang menghasilkan pendapatan pasif ialah blog "Iklan Percuma di Malaysia" yang menyediakan platform pengiklanan secara percuma kepada sesiapa sahaja tanpa perlu melakukan pendaftaran. Buka blog dan hantar iklan, tanpa sebarang pembayaran. Blog ini stabil selepas beberapa bulan dibuat.

Sekian sahaja sedikit pengenalan mengenai blog perniagaan internet ini, semoga perkongsian Harfiz di blog ini memberikan manfaat kepada anda semua, pembaca blog Harfiz.

Salam sukses!
Ikhlas daripada,

Harfiz Hasra( Bizstudent )
Admin,
Blog Perniagaan Internet
Blog Iklan Percuma
emel: bisnesonline93@gmail.com
facebook: facebook.com/HarfizIM